Sunday, February 27, 2011

Melalui emailku(28l2l2011)

Assalamualaikum wrt

saudara/saudari

saya telah membuat semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mendapati nama saudara/saudari tidak terdapat di dalam senarai Daftar Pemilih. Oleh kerana saudara telah pun cukup umur untuk menjadi seorang pemilih, saya dengan ini merayu kepada saudara supaya membuat pendaftaran dengan segera sebelum terlambat. Marilah kita sama-sama menunaikan hak kita sebagai rakyat Malaysia dan memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa, yang mentaati Allah dan RasulNya melalui wadah perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Justeru itu, saya sekali memohon supaya saudara membuat pendaftaran secepat mungkin bagi membolehkan saudara diberi hak untuk mengundi pada pilihanraya yang akan datang. Ingatlah bahawa hak dan tanggungjawab kita tidak sekali-kali boleh diabaikan dan jika kita tidak mengambil peluang ini, amatlah ditakuti sekiranya negara yang kita cintai ini terlepas dan dikuasai oleh mereka-mereka yg ingin melihat Islam terus tidak dihormati.

Ayuh sahabat, mendaftar lah dan pulang lah mengundi di Kedah demi mempertahankan Kerajaan Negeri di bawah naungan PAS supaya berterusan mentadbir dengan penuh jujur dan amanah. Sila hubungi saya sekiranya ada sebarang kemusykilan dan urusan pendaftaran juga boleh dibuat oleh pihak saya.

Terima kasih.


................................
ZULKIFLI BIN HAMZAH
Setiausaha PLK
Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kedah
H/P : 019-4003305
fax - 04-7643528

2 comments: