Friday, February 4, 2011

Kenapa Saya Jadi Begini?


Banyak sangat buku yang saya belum baca sampai dah malas nak baca.
Bila tengok page yang banyak tu rasa macam nak muntah
Baca tak masuk dalam kepala, susah nak ingat,
jadi saya cuma baca, 
tak hafal pun.
Kenapa ha?



Sekarang otak dah fokus pada 26 Februari.


Erk~ Bukan fikir Final Exam , tapi fikir.................


CUTI !!

Thursday, February 3, 2011

Mesir La Ni....




Salam alayk'.. Mesir salah satu bumi yang mempunyai landskap politik yang begitu menarik. Kediktatoran rejim Hosni Mubarak yang mana memerintah hampir 3 dekad lamanya serta memegang tampuk pemerintahan sebagai Presiden Republik Arab Mesir cukup membuatkan rakyat Mesir kini berang dengan pemerintahannya apatah lagi Hosni Mubarak yang dilabelkan sebagai "anjing peliharaan" Israel kerana ketegarannnya membantu Israel sebelum ini. Bukan itu sahaja, pemerintahan kerajaan Mesir yang diketuai Hosni Mubarak juga tidak mempedulikan kebajikan rakyat malah kadar pengangguran dan rasuah di Mesir berlaku secara berleluasa.

Penulis cuba untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Mesir terutama isu keselamatan rakyat Malaysia yang berada di bumi ardhul kinanah tersebut yang rata-ratanya adalah pelajar yang menuntut di sana dengan menghubungi Wisma Putra di ibu negara, namun tiada sahutan jawapan diterima melalui panggilan telefon. Ini kerana keadaan di Mesir telah mengeluarkan amaran "jingga" yang mana bermaksud salah satu tanda telah darurat dan ia menuju ke tanda amaran "merah" yang mana maksudnya adalah lebih baik meninggalkan bumi Mesir tersebut.

Tidak dinafikan faktor-faktor berlakunya revolusi ini adalah menyentuh kepada 3 aspek terpenting iaitu pemimpin yang korupsi dan mementingkan diri, memegang tampuk pemerintahan yang begitu lama dan lemah dalam pemerintahan, dan yang ketiga adalah kebajikan rakyat yang terabai. Faktor-faktor ini telah membuka mata rakyat untuk bangkit menentang rejim ini dan Ikhwanul Muslimin selaku parti politik yakni organisasi terbesar di Mesir turut memberikan sokongan kepada kebangkitan ini yang dipelopori anak-anak muda Mesir dalam mentransformasikan pemerintahan Mesir.

Berita terkini yang diterima daripada Mesir (New Update: Dari sahabat di Mesir)

Mansurah:

1) Rusuhan besar dijangka akan berlaku pada pukul 11 pagi waktu Mesir (5 petang waktu Malaysia)
2) Balai polis telah dikuasai orang jahat, senjata dan pakaian polis dirampas, orang jahat menyamar sebagai polis dan mula bermaharajalela di Mansurah
3) Mansurah isyhtihar "kod oren", mereka sedang berkemas (packing) untuk meninggalkan negeri tersebut apabila tiba masanya.
4) Maklumat yang lain, setakat ni tiada kemalangan utk pelajar Malaysia di Mansurah, cuma ada pelajar Indonesia yang terkena tembakan.

Tanta:

1) Catuan bekalan air dan elektrik berlangsung di Tanta.
2) Seorang pelajar Malaysia terkena tembakan peluru sesat di bahagian kaki.
3) 12 kereta kebal berlegar-legar di Tanta.

Kaherah:

1) Kenderaan polis dan tentera dimusnahkan dalam beberapa kejadian rusuhan.
2) Kota Kaherah kini dikawal tentera Mesir, keadaan keselamatan dan keamanan kian pulih buat sementara waktu.

Alexandria:

1) Keadaan keamanan di sana semakin baik (khususnya pelajar Malaysia)
2) Harga barang naik, kedai ditutup dan pelajar kesempitan wang untuk mendapatkan keperluan asas.
3) Bekalan elektrik dan air masih lagi berfungsi.

Gambar sekitar Kota Kaherah:



Paling memilukan adanya perkhabaran mahasiswi Malaysia yang dirogol oleh penjenayah dimana ada maklumat yang berjaya didapati oleh informer-informer tatkala ada pelajar Mesir yang sempat "curi-curi" untuk online bagi memberi maklumat keadaan di Mesir.

p/s: Kita doakan agar apa yang revolusi ini berakhir dengan keadaan yang lebih baik seperti di Tunisia dan semoga rakyat Malaysia dan Islam khususnya akan berada dalam keadaan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. Ameen.

‘Mood’ Peperiksaan: Salam Imtihan


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamua’laikum wbt.

Hmm… Dah 2 hari saya tak pergi perpustakaan. Ternyata tidak selesa dan kurang bersemangat. Peperiksaan akhir semakin menjelma. Siapa tak bimbang dengan peperiksaan. Lagi-lagi saya yang buat kali terakhir menduduki peperiksaan akhir di KUIS. Perasaan berbaur macam-macam.

Sewaktu menulis post ini, saya masih lagi ditingkat 6 parcel 4. Ramai kawan-kawan khusyuk mentelaah pelajaran masing-masing. Entah kenapa dalam waktu yang begitu terhad sebegini saya masih lagi mencuri masa untuk menulis sesuatu di dalam blog yang dah lama tak dikunjung.

Malas sangat nak update, saya usaha untuk mencari tulisan-tulisan menarik untuk ditampal (copy & paste).Perasaan. Tiba juga waktunya berada ditahun akhir. Macam igauan. Hakikatnya mimpi yang bakal indah. Cuma, jalan cerita ditahun akhir memang memeritkan. Masa, tenaga dan nafas terasa seperti tidak cukup. Hmm… Mengeluh dalam menyantui sirah kampus saya di Bandar Seri Putra ini.

Tetapkan halatuju yang jelas dan bersemangat menempuhinya! Inilah yang sentiasa saya fikirkan diwaktu tambahan ini. 7 Februari dah mula peperiksaan pertama, Occupational English (subjek Sir Shahrul). Moga Allah SWT mempermudahkan segalanya, untuk saya dan anda semua, amin.

3 perkara yang menjadi pedoman dan peringatan untuk saya terus berusaha. asgment arab, video yg blom siap lg, Bi klip video, Mock Trial dan  ulangkaji subjek-subjek untuk peperiksaan terakhir. Huh… Memang penatkan?
Moga Allah SWT memelihara hati, perasaan dan emosi untuk sentiasa berharap pada-Nya.

Oh… Ye. Cerita di dalam perpustakaan. Inilah yang saya monologkan setiap kali hadir ke perpustakaan dimusim peperiksaan. Saya bimbang. Saya keliru. Saya rasa kasihan. (jangan lupa ambik soalan-soalan yang lepas dan buat latihan) Moga Allah SWT membenarkan niat baik kita semua.

Ingatlah! Tiada kompromi dalam menuju redha Allah SWT. Apatah lagi kejayaan yang kita idami selama ini. Jagalah batasan dalam mengadakan perbincangan. Apa yang kita ingin memiliki adalah kejayaan yang diberkati. Diberkati. Diberkati.

Kita qudwah kepada mereka diluar dan kita juga memahami agama-Nya, Islam sebagi ad-Din.
Cukuplah perkongsian singkat ini.

Sekadar berkongsi rasa hati untuk menuju kebaikan Ilahi. Apa-apa pun, mari KITA sama-sama menuju kejayaan yang akan dihadiahkan kepada Ibubapa tercinta dikampung sana dan hadiah untuk membuktikan bahawa Muslim itu sentiasa HEBAT.

Muslim terus HEBAT!

Salam imtihan, biltaufiq wa an-najah, amiin.