Penulis cuba untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Mesir terutama isu keselamatan rakyat Malaysia yang berada di bumi ardhul kinanah tersebut yang rata-ratanya adalah pelajar yang menuntut di sana dengan menghubungi Wisma Putra di ibu negara, namun tiada sahutan jawapan diterima melalui panggilan telefon. Ini kerana keadaan di Mesir telah mengeluarkan amaran "jingga" yang mana bermaksud salah satu tanda telah darurat dan ia menuju ke tanda amaran "merah" yang mana maksudnya adalah lebih baik meninggalkan bumi Mesir tersebut. 

Tidak dinafikan faktor-faktor berlakunya revolusi ini adalah menyentuh kepada 3 aspek terpenting iaitu pemimpin yang korupsi dan mementingkan diri, memegang tampuk pemerintahan yang begitu lama dan lemah dalam pemerintahan, dan yang ketiga adalah kebajikan rakyat yang terabai. Faktor-faktor ini telah membuka mata rakyat untuk bangkit menentang rejim ini dan Ikhwanul Muslimin selaku parti politik yakni organisasi terbesar di Mesir turut memberikan sokongan kepada kebangkitan ini yang dipelopori anak-anak muda Mesir dalam mentransformasikan pemerintahan Mesir.

Berita terkini yang diterima daripada Mesir (New Update: Dari sahabat di Mesir)

Mansurah:

1) Rusuhan besar dijangka akan berlaku pada pukul 11 pagi waktu Mesir (5 petang waktu Malaysia)
2) Balai polis telah dikuasai orang jahat, senjata dan pakaian polis dirampas, orang jahat menyamar sebagai polis dan mula bermaharajalela di Mansurah
3) Mansurah isyhtihar "kod oren", mereka sedang berkemas (packing) untuk meninggalkan negeri tersebut apabila tiba masanya.
4) Maklumat yang lain, setakat ni tiada kemalangan utk pelajar Malaysia di Mansurah, cuma ada pelajar Indonesia yang terkena tembakan.

Tanta:

1) Catuan bekalan air dan elektrik berlangsung di Tanta.
2) Seorang pelajar Malaysia terkena tembakan peluru sesat di bahagian kaki.
3) 12 kereta kebal berlegar-legar di Tanta.

Kaherah:

1) Kenderaan polis dan tentera dimusnahkan dalam beberapa kejadian rusuhan.
2) Kota Kaherah kini dikawal tentera Mesir, keadaan keselamatan dan keamanan kian pulih buat sementara waktu.

Alexandria:

1) Keadaan keamanan di sana semakin baik (khususnya pelajar Malaysia)
2) Harga barang naik, kedai ditutup dan pelajar kesempitan wang untuk mendapatkan keperluan asas.
3) Bekalan elektrik dan air masih lagi berfungsi.

Gambar sekitar Kota Kaherah:
















Paling memilukan adanya perkhabaran mahasiswi Malaysia yang dirogol oleh penjenayah dimana ada maklumat yang berjaya didapati oleh informer-informer tatkala ada pelajar Mesir yang sempat "curi-curi" untuk online bagi memberi maklumat keadaan di Mesir.


Misi Operasi Piramid selama 24 jam sehari telah bermula. Tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berlepas ke Mesir hari ini (2 Februari 2011). Pesawat khas AirAsia Airbus A320 dengan kapasiti 249 penumpang dan sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747 dengan kapasiti 285 penumpang akan berlepas esok untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir.

Kapal Bunga Mas 5

Kapal Bunga Mas 5 akan berlepas dari Teluk Aden untuk misi ini. Turut dibawa bersama adalah bekalan makanan dan ubat ubatan. Dalam masa sehari dianggarkan 2,000 orang rakyat Malaysia mampu dibawa pulang. Ini bermakna secara purata operasi ini mengambil masa 7 hari. atau kurang daripada itu. Seramai 20 orang pelajar Malaysia telah selamat sampai 2 petang tadi dengan penerbangan Gulf Air di KLIA. Semoga Allah SWT memudahkan urusan operasi ini dan melindungi rakyat Malaysia di Mesir daripada segala bala bencana. Amin.

p/s: Kita doakan agar apa yang revolusi ini berakhir dengan keadaan yang lebih baik seperti di Tunisia dan semoga rakyat Malaysia dan Islam khususnya akan berada dalam keadaan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. Ameen.



Hosni Mubarak Letak Jawatan Presiden (12 February 2011)



Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan semalam selepas beliau meninggalkan Istana Presiden di sana. Pengumuman beliau meletakkan jawatan diumumkan oleh Naib Presiden, Omar Suleiman menerusi televisyen semalam.

"Dalam situasi yang sukar ini, Presiden Hosni Mubarak memutuskan untuk meninggalkan kedudukannya sebagai presiden," kata Omar. Omar turut mengumumkan bahawa satu majlis ketenteraan akan mengendalikan hal ehwal negara tersebut.

Hosni telah memerintah Mesir hampir 30 tahun. Sebelum ini, stesen televisyen Al-Arabiya semalam melaporkan Hosni Mubarak, 82, dan semua ahli keluarganya telah meninggalkan Istana Presiden di sana ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden. Hosni dan keluarganya itu menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Menurut saksi-saksi, sekurang-kurangnya dua buah helikopter dilihat berlepas dari istana tersebut. Stesen televisyen Al-Arabiya mengesahkan ketibaan keluarga tersebut di Sharm el-Sheikh.

Berita itu timbul ketika penunjuk perasaan bergerak ke istana tersebut yang terletak di kawasan pinggir bandar Kaherah, Heliopolis. Pergerakan penunjuk perasaan itu dibuat pertama kali sejak tunjuk perasaan berlangsung pada 25 Januari lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul di tepi kawat duri yang mengelilingi istana. Penunjuk perasaan bersorak sebaik sahaja mengetahui Hosni Mubarak meletak jawatan sebagai Presiden Mesir di Kaherah semalam.

Sementara itu, kereta-kereta kebal dan tentera elit yang bertanggungjawab ke atas keselamatan presiden berkawal di sekeliling istana. "Tentera Penjaga Republik mengawal Istana Presiden," jelas satu sumber pasukan bersenjata.

Hosni sering menghabiskan masa di Sharm el-Sheikh yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di Laut Merah dan bertemu dengan tetamu-tetamunya di sana. Kelmarin, para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir kecewa dan marah terhadap Hosni kerana beliau masih enggan meletakkan jawatan..



Gaddafi Perintah Hancurkan Pemberontak



NONE

Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.

Pada ucapannya di televisyen hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus kekal sebagai presiden Libya dan bersedia mati syahid bagi mempertahankan negaranya.

Sambil mendakwa pemerintahnnya juga disokong oleh rakyat, beliau mengarahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang kian ramai berdemonstrasi. Setakat ini, angka korban meningkat kepada ratusan nyawa sejak lapan hari lalu.

Gaddafi memberi amaran bahawa pihak keselamatan akan menyelongkar dan menjejaki pemberontak ke 'setiap rumah dan setiap inci ruang' agar mereka menyerah diri atau berdepan dengan maut.


Beberapa jam kemudian, kerajaan Libya buat pertama kali mengeluarkan angka korban akibat kekacauan yang melanda di seluruh negara iaitu 300 terkorban iaitu 189 orang awam dan 111 lagi askar.


Jumlah kematian yang tertinggi ialah di Bandar Benghazi, yang terletak di timur negara itu yang membabitkan tercetusnya penentangan terbesar, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Libya.


Di Benghazi, 104 orang awam terbunuh manakala 10 lagi askar.
"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.

Syeikh al-Qaradawi berkata :وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد.

Maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendir!"

No comments:

Post a Comment