Saturday, May 28, 2011

Tawaran Sambung Belajar

Hari demi hari, aku dapat banyak tawaran sambung belajar dari ipts serta ipts yang menawarkan Biasiswa seperti AIU sehingga tidak tahu ke mana dan pilih bidang yang ingin kita pelajari. Sehinggakan pihak pengurusan ipts-ipts di Malaysia menghubungi dan menghantar mesej supaya menyertainya. 

Namun, aku abaikan dahulu kerana ipts adalah tempat yang terakhir yang perlu kita fikirkan kerana banyak lagi ipta yang belum dapat tawaran. Manalah tahu tiba-tiba kita dapat tawaran dari ipta sedangkan kita sudah sambung belajar di ipts. Jadi, kita perlu pertimbangkan dahulu dan membuat keputusan yang bijak.Selain tuh..aku ada dapat Tawaran ke Mesir jurusan Undang-Undang gak..fuh.

Gambar di tepi ini adalah surat-surat tawaran sambung belajar  yang aku terima.

Thursday, May 26, 2011

Happy Birthday to Me..hehehehehe


Hari ini genaplah umurku 21 tahun. Maka semakin pendeklah umurku sebenarnya. Pendek kerana semakin dekat dan hampir aku kepada kematian.
Sepanjang bergelar hamba Allah, aku tidak tahu sejauh mana amalku selama ini diterima Allah. Adakah segala amalku selama ini hanyalah sia-sia atau tidak. Aku tidak tahu masih sayangkah Allah padaku.
Ya Allah dekatkanlah aku pada-Mu. Limpahkanlah rahmat kasih sayang-Mu pada hamba-Mu yang lemah ini.
Ya Allah ampunkanlah segala doaku yang tak terhitung banyaknya. Aku insan yang lemah Ya Allah. Berikan aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini.

Wednesday, May 25, 2011

KAHWIN LARI....


Assalamualaikum...

Kat drama2 tv biasa kita tengok kisah percintaan yang dihalang oleh orang tua. Mak si gadis tak suka pada si lelaki kerana lelaki tu pelajaran tak tinggi.tak pun sebab lelaki tu kurang berharta. Kemudian pasangan kekasih ambil keputusan nekad lari dari rumah dan bernikah disempadan siam.

Drama yang biasa sangt kita tengok.tapi ini bukan hanya terjadi dalam drama dan filem malah dalam kehidupan nyata pun ada terjadi.tengok la berapa ramai pasangan yang ambik jalan mudah menyelesaikan masalah mereka. Lepas tu turun naik mahkamah semata2 nak daftarkan pernikahan mereka tu..

Nampak awal2 memang mudah.tapi perjalanan rumah tangga adalah untuk selamanya. Bukan untuk sehari dua. Apalah ertinya rumahtangga tanpa restu orang tua?hidup tak ada keberkatan.

Jika perhubungan kita tidak direstu terima lah dengan hati yang terbuka bahawa dia bukan lah untuk kita.Mungkin masih ada yang lain yang lebih baik untuk kita. Jika dengan tindakan kawen lari boleh menyelesaikan masalah itu bermakna kita membuktikan bahawa kita yang berpelajaran tak tinggi ni bukan saja tak berpelajaran malah tak pandai berfikir secara baik..

Sebaiknya duduk bersama dan berbincang. Pujuk la orang tua untuk dapatkan restu mereka. Jika tiada penyelesaian sila la undur diri. Mungkin ini bukan jodoh kita yang sebenarnya..

sekian..

**entry khas untuk seseorang...**