Friday, May 20, 2011

Susu 1 Malaysia - Korea tidak masuk senarai JAKIM..


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pengeluar produk makanan Korea tidak termasuk dalam senarai pensijilan halal yang diiktiraf jabatan itu.  Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hab Halal, Najibah Abdul Mutalib berkata, terdapat 26 negara yang mendapat pengiktirafan Jakim, antaranya Australia, Bangladesh, Brazil, Brunei, China dan Turki.


Menurutnya, pengguna yang ragu-ragu mengenai status logo halal boleh mendapatkan maklumat negara-negara tersebut di laman web www.halal.gov.my.

“Jakim menyediakan dua cara untuk syarikat luar memohon sijil halal, sama ada permohonan secara terus atau memohon daripada badan Islam yang dilantik Jakim. Kita telah melantik badan-badan Islam luar negara yang telah melalui proses pengauditan atau pemeriksaan secara terperinci.  “Proses tersebut adalah untuk menentukan sama ada badan Islam yang dilantik layak menjadi wakil kepada Jakim bagi menilai sebarang produk di negara mereka untuk diimport ke Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Najibah berkata, Jakim sentiasa mengingatkan bahawa, syarat yang ketat dikenakan terhadap permohonan badan Islam yang baru kerana mereka adalah wakil Jakim yang bertindak bagi negara sendiri.

SubhanAllah...sedikit kebaikan mustahil akan dapat membalas jasa orang yang banyak berjasa kepada kita..

Alhamdulillah...minggu lepas saya beli jam couple neh...memang sedap betol pakai..hehehehehe...Setelah 2 tahun saya takdak jam..baru sekarang saya dapat..SYUKUR ke hadrat ALLAH yang memberikan saya limpahan rezeki dan selalu menolong hambamu...THANK YOU ALLAH...
Sepanjang hidup saya..saya xselalu mengembirakan Abah..jadi untuk mengembirakan walaupun sedikit..saya telah hadiahkan jam yang kat bawah ne ha...terungkap senyuman gembira dari Abah..Selain itu..saya ,telah belikan kasut untuk dipakai untuk jalan-jalan..

Untuk Mak..naim akan menebus semua bnd yang berharga...TERIMA KASIH mak kerana sanggup bergadai bergolok untuk menyekolahkan naim..LOVE U ALL...

Monday, May 16, 2011

Menteri Minyak Dah Nak Umum :"Minyak Akan Naik Dalam Masa Terdekat...." Naik Lagi Dan Lagi,

Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran. Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.

"Hingga sekarang trend dunia tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya.