Saturday, March 5, 2011

Sejarah dulu aku...

Masa aku kerja ngajaq dulu ada satu cerita lawak yang aku tak akan lupa (memang lawak habis). Habis marking kertas Year 6, aku pun nak la totalkan markah depa ni, aku perasan ada 1 paper student tak dak, mengagau aku cari. Habis segala kertas2 n buku2 berselerak atas meja aku tu , tapi tak jumpa.  Aku sangat pelik coz paper 1 ada, paper 2 tak ade . Adus! Alamak! Sudah! Berdebar sangat, sebab itu kertas bagi Year 6. Bila aku tanya kat student tuh, katanya dia hadir exam papers tu. Alamak, mana paper dia ni?Aku terus mencari, membelek dan membongkar. (PANIK) Penyelaras Year 6 nak markah hari tu jugak!!


Tetiba student tu datang ke meja aku, hulurkan kertas dia & dgn muka yang sangat-sangat selamba, dia kata " Ustaz kertas ni ada kat dalam drawer meja saya (cakap orang putih doo), masa exam hari tu saya lupa nk hantar. Sorry ah Ustaz"!! (nah haih..terkejut aku..)


Aku: Macam mana kamu boleh terlupa hantar? masa ustaz kutip kertas kamu tak perasan ke?"


Dia jawab: Tahu la Ustaz, saya tak ingat nak hantar masa periksa hari tu, tadi cari2 kat meja, rupa2nya ada kat situ"


*"Masya Allah" [Ada jugak manusia macam ni rupanya]

Friday, March 4, 2011

Buat Kawan-kawanku..


Alhamdulillah..selesai sudah menghantar tesis tadi..TERIMA KASIH kepada kawan-kawanku terutama DSPI B yang telah banyak membantu aku..aku sangat banyak terhutang budi dengan hampa semua. Di saat hampa baca post aku ni..maybe aku dah berangkat pulang. Dinner last DSPI B memang best sangat-sangat, kenangan malam tu aku tidak akan lupakan sampai bila-bila..Terima kasih kepada pihak penganjur..hehehehehe...kepada kawan-kawanku yang ambik SHORT SEM angaplah semua itu sebagai satu cabaran yang perlu ditempuhi. Jangan sesekali memikirkan orang yang tak ambik Short Sem semuanya Perfect..ada hikmah di sebalik apa yang terjadi...

Jangan pernah putus asa dalam kita menuntut Ilmu di bumi Allah ini, walaupun POINTER kita tidak sehebat orang lain, tetapi biarlah ilmu yang kita pelajari mendapat keberkatan. Ilmu bukanlah setakat hanya tulis di atas kertas jawapan waktu EXAM sahaja..Tetapi ilmu yang kita pelajari perlu diamalkan..Teringat aku satu pepatah arab(ILMU TANPA AMAL SEPERTI POKOK YANG TIDAK BERBUAH).. Angaplah ini satu dorangan kepada hampa semua termasuk diri aku sendiri..


Sunday, February 27, 2011

Melalui emailku(28l2l2011)

Assalamualaikum wrt

saudara/saudari

saya telah membuat semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mendapati nama saudara/saudari tidak terdapat di dalam senarai Daftar Pemilih. Oleh kerana saudara telah pun cukup umur untuk menjadi seorang pemilih, saya dengan ini merayu kepada saudara supaya membuat pendaftaran dengan segera sebelum terlambat. Marilah kita sama-sama menunaikan hak kita sebagai rakyat Malaysia dan memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa, yang mentaati Allah dan RasulNya melalui wadah perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Justeru itu, saya sekali memohon supaya saudara membuat pendaftaran secepat mungkin bagi membolehkan saudara diberi hak untuk mengundi pada pilihanraya yang akan datang. Ingatlah bahawa hak dan tanggungjawab kita tidak sekali-kali boleh diabaikan dan jika kita tidak mengambil peluang ini, amatlah ditakuti sekiranya negara yang kita cintai ini terlepas dan dikuasai oleh mereka-mereka yg ingin melihat Islam terus tidak dihormati.

Ayuh sahabat, mendaftar lah dan pulang lah mengundi di Kedah demi mempertahankan Kerajaan Negeri di bawah naungan PAS supaya berterusan mentadbir dengan penuh jujur dan amanah. Sila hubungi saya sekiranya ada sebarang kemusykilan dan urusan pendaftaran juga boleh dibuat oleh pihak saya.

Terima kasih.


................................
ZULKIFLI BIN HAMZAH
Setiausaha PLK
Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kedah
H/P : 019-4003305
fax - 04-7643528