Saturday, June 11, 2011

EMPAT sebab anda dan pasangan tak perlu kahwin lari...

Haha, tajuk macam panas jA kan? Tak ada apa – apa pun sebenarnya, saja tiba – tiba terlintas nak tulis pasal kahwin lari ni. Erm, cerita pasal kahwin lari ni dah banyak menghantui masyarakat kita dan ia merupakan salah satu ragam masyarakat. Anda kesah ka pasal kahwin lari ni? Perlu ka nak kahwin lari? Haha, bagi aku tak bagusla bagi pasangan bercinta nak kahwin lari. Tak patut pun lakukan semua ni. Nak tau ka sebab apa? Meh baca bawah.

1 – Perkahwinan tanpa restu

Kebiasaannya bagi pasangan bercinta, takkanla nak bercinta sampai dua tiga tahun setakat bercinta ja kan? Pasti dalam niat pasangan masing – masing untuk terus hidup bersama dengan pasangan yang telah dipilih. Sekarang bukan macam dulu, bila nak kahwin ja mak bapak yang tentukan. Dah jadi trend bagi orang muda, diorang mesti ada awek dan mesti nak teruskan hubungan dengan awek tu. Takkan nak jadi awek je kot? Takmau hidup sekali? Bila sebut kahwin lari ni kita boleh simpulkan perkahwinan tanpa restu keluarga. Yela, tiba – tiba ja bawak lari anak dara orang terus menikah dan buat serupa kita yang punya.

Dalam perkahwinan mesti ada restu dari kedua – dua belah ibu bapa. Nak ke hidup tanpa restu mak bapak? Eee, mintak simpangla semua ni. Hidup kita tak akan aman kalau tak direstui mereka. Hidup tak tenteram dan akan terjadilah pelbagai ujian yang mendatang. Sebab apa? Sebab kahwin tak ada restu mak bapak!

2 – Malu besar

Keluarga ke dua – dua belah pasangan pasti akan malu besar bila ia terjadi macam ni. Anak orang lain kahwin seronok – seronok, buat jamuan makan panggil kawan – kawan dan adik beradik tapi bila dah kahwin kat Siam nuuun, jadi macam terbalik la pulak. Perkahwinan tu macam nak kena sembunyikan dari pengetahuan masyarakat kalau tidak jadi buah mulut orang. Sampai ke mati la orang dok sebut anak sekian sekian kahwin lari. Nak ka hidup diselubungi perasaan malu dan segan dengan orang ramai? Orang pandang serong tau.

3 – Terjadi masalah apabila hendak mendaftar perkahwinan di Malaysia dan pelbagai masalah lain kelak

Ok, untuk pengetahuan anda takrifan kahwin lari ini merujuk pernikahan yang dilakukan di luar negara dan menggunakan wali hakim. Pasangan yang bernikah diluar dari Malaysia tanpa kebenaran pejabat agama akan dikenakan denda dan juga boleh dihukum penjara dan sabit kesalahan seperti dibawah :

Berkahwin diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
Mendaftarkan nikah selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
Tengok, belum apa – apa lagi dah kena denda dan buang duit macam ni? Masa depan tak tahu lagi kan? Kalau si pasangan gagal membayar denda yang dikenakan kepada mereka, pendaftaran perkahwinan di Malaysia tidak akan dilakukan dan seterusnya status perkahwinan mereka tiada dalam senarai pejabat agama. Bila dah jadi macam ni, surat nikah di Malaysia tidak ada, ia akan mendatangkan masalah masa depan seperti pendaftaran anak (baru lahir) di Pejabat Pendaftaran dan lain – lain lagi. Rumit bukan?

4 – Perlakuan kurang ajar

Adat istiadat orang Melayu dah cukup cantik, memang sempurna adat orang dulu – dulu. Kita tahu, jika seorang lelaki berkenan pada seorang perempuan dan ia mahu menjadikan si perempuan itu sebagai isterinya apa yang perlu dilakukan oleh si lelaki itu? Pastinya terdapat langkah – langkah yang selalu dibuat orang seperti :

Merisik
Bertunang
Nikah
Sanding & Kenduri

Tetapi, jika berlakunya kahwin lari ni bukankah ia lebih layak dikatakan pencuri? Seseorang gadis merupakan hak milik mutlak si bapanya, jika tidak ada keizinan dan persetujuan dari bapanya (yakni wali) si lelaki itu digelar “pencuri” kerana mencuri hak daripada si bapa. So, adakah anda nak dilabel seumur hidup sebagai seorang kurang ajar dan pencuri? Fikir – fikirkan.

Okeylah, cukup empat point aku tulis dalam entry kali ini. Jika ada lagi idea dari anda sila tambah diruangan komen. Apa yang aku nak sampaikan disini bukanlah untuk menghina si pasangan yang kahwin lari tapi aku nak tegaskan disini supaya berfikir beratus – ribu kali sebelum melakukan apa juga tindakan kerana ia melibatkan maruah dan masa depan seseorang.

Jika seseorang tu dijatuhkan hukum “wajib” berkahwin, kot mana pun dia tetap kena kahwin juga gunalah cara yang baik dan terpuji. Jangan buat macam ni. Kita ada agama dan garisan adat. Itu saja untuk kali ini.

Dapat Kerja Dengan Bantuan Kabel

Topik aku kali ini dapat kerja menggunakan kabel. Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel. Kabel yang aku maksudkan ialah ‘orang dalam’ yang akan membantu calon temuduga dengan senang – senangnya mendapat pekerjaan yang dipohon.

Hakikatnya perkara ini memang wujud dalam jabatan kerajaan. Mereka dengan mudahnya mendapat perkerjaan atas bantuan orang dalam. Bagi aku ini tidak adil kerana ada calon yang gagal semasa temuduga masih dapat kerja yang di tawarkan. Kadang-kadang ada juga yang langsung tidak ada kelayakan akademik tetapi akhirnya duduk di kerusi yang ditawarkan.

Contohnya; calon A adalah anak kepada rakan baik pengarah jabatan kerajaan X, dia dipilih untuk jawatan yang di tawarkan berbanding calon B yang jauh lebih berkelayakan di sebabkan oleh keputusan pengarah jabatan itu di pengaruhi oleh ayah calon A.      

Apa yang boleh aku katakan adalah: inilah orang yang tidak jujur dan mampu merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan. Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. 

Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan.  Disebabkan inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takde kabel mana nak dapat..Lain la si A tu, dia pakai kabel besar punya”. Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberi mereka. 

Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang aku katakan tadi? Sudah tentu tidak. Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat beroperasi dengan baik. 


Mari kita fikir – fikirkan.. Adios..

Kes2 sepanjang Kerjaya..

Ni antara yang aku ingat la ya...

Kes 1

"Saya menyesal kawin dengan suami saya ni sebab dia tak penah bagi sokongan pada saya yang tak pandai masak ni. Kami kawin dah 3-5 tahun, saya memang tak pandai masak, tapi saya cuba jugak masak. Tapi setiap kali makan suami saya tak penah bagi sokongan untuk improve skill masak saya, dikutuknya lagi ada la, jauh sekali pujian. Saya sangat tertekan dan membuatkan saya jadi malas masak! Saya menyesal kawin tau, kalau tidak senang hidup saya, tak payah pikir nak senangkan hati orang je!

- bagi aku la takat tak pandai masak ni bukanlah masalah besar pun, benda boleh diperbaiki, boleh belajar pun. Tak yah nak menyesal-nyesal bagai....sebelum kawin tak nak asah bakat memasak tu betoi2 dah hang tau bakal suami tu cerewet pasal masak. Yang si suami tu pun, amboooiii....ego tinggi sungguh nooo....takkan la semuanya tak sedap kot. Takat goreng teloq mata tu pun buleh jadi tak sedap ka? Bagi la kata-kata semangat skit, sokongan dan dorongan untuk si isteri tu tajamkan lagi skill masak tu. Untuk sapa....untuk perut kita tu jugak...! Tak pandai masak pun dah 5 tahun kawin kannnnnn....

Kes 2

"Saya menyesal kawin dengan suami saya ni, sebab selepas kawin baru saya tahu rupanya dia tak boleh membaca! (haaa...aku dah menganga luas dah...dan aku tak tau cerita selanjutnya sebab sibuk mengomen sendiri...hahaha)

- pendapat aku pulak, lebih kurang cam tak pandai masak tu la, kan boleh belajaq lagi pastu. Tak yah malulah kan...bukan dengan orang lain pun, isteri sendiri jugak, cuma ego tu kena rendahkan sikit la. Ishhh....ni zaman millenium dah aih....awat yang dok biaq diri berkepuk berkulat dalam perigi buta tuu? Yang si isteri tu pulak....jangan la menyesal, tak baik, mungkin ada sebab kenapa dia tak belajaq/sekolah dulu. Sekarang ni jadi kewajipan isteri la pulak memajukan suami tu, dapat pahala wooo! Jangan la terus kondem dia macam kena gelek stemrol tu, dah la kemek, penyek pulak lagi, sian dia...sama-sama la perbaiki diri kan. Dulu2 masa bercinta memang tak nampak semua tu....rabun bukan buta. Tah2 family yang arrangekan jodoh depa kot....hehehe

Kes 3

"Saya menyesal kawin dengan suami saya ni, sebab selama 5 tahun kawin dia tak penah bagi duit belanja untuk saya, anak-anak dan jugak isi rumah! Semuanya saya tanggung sendiri. Suami tak penah hulur sesen pun dari gaji dia, padahal gaji dia besar! Mungkin sebab saya pun bekerja dan saya mampu buat sendiri. Saya tak tau dia buat apa dengan gaji dia. Saya tak la mintak sebab nak jaga hati dia, tapi tu lah...saya lah yang uruskan perbelanjaan seisi rumah. Saya menyesal sangat kawin, kalau tidak saya dah kaya raya dah! (ayat ni tak tahan ni..hahaha) 

-haaaa....yang ni payah sikit aku nak tolak ansuq! Baik tak yah jadi laki kalau gitu, nak hidup senang lenang sorang2, macam orang bujang tak dak anak bini. Tapi bila balik rumah, melantak makan tak hingat, patah katil abih, anak keluaq berderet! Tu puunnnn....tak segan silu noo bini dok keluaq semua belanja rumah, yang dia balik goyang t*l**! Heiii...aku geram sungguh laki lagu ni, orang berbini, dia pun nak berbini, tapi pentingkan diri sendiri! Kerat buanglah! Yang bini dia pun bangang gak....ada ka tak mintak duit sebab nak jaga hati suami!! Konpem syurga la hang kannnn! Kan ka isteri disuruh curi duit suami sekiranya tidak diberi untuk perbelanjaan rumah! Sampai camtu sekali tau, isteri tak salah langsung kalau dia ambik duit suami tanpa kebenaran untuk kegunaan belanja rumah. Tapi si isteri ni tadi, tak sampai hati, dia lagi sanggup keluaq duit sendiri, maklum la orang bekerja la katakan, gaji besaq jugak kot... takpun bila dia hint2 nak duit, laki dia bantai dia anak beranak, mana nak tau kan, dia tak cerita la pulak tadi. Tu puunnnn buleh bertahan sampai 5 tahun lebih gak tuuuu....

Aku bukanlah nak jadi batu api hasut sana sini pasal ni kan...tapi kalau pikiaq secara logiknya pun....takkan la atas sebab-sebab yang kecik (kecuali kes 3) camni pun depa nak menyesal kot kan. Tak baik ooo menyesal kawin....kita dah sah akadnya. Kecuali kes-kes berat kan, macam kes 3 tu, kes curang....haaa susah la skit nak tolerate. Tapi pun, sungguh jugak, mana la kita nak tau perangai sebenaq pasangan kita melainkan selepas kawin baru la semuanya terkeluaq seketoi-seketoi. Mungkin perlu jugak kot rasa penyesalan tu, sebab tak siasat abih2 sebelum kawin....dah cinta nih, apa pun tak nampak dah. 'Kalau bukan dengan dia, saya tak nak kawin dah sampai bila2!' Hahahaha..time tu la, sekarang ni kalau busuk hapak pun, hg peluk cium la jugak kannnn.... dah yang tu ja yang ada pun....waarggkahakahkahkah

Friday, June 10, 2011

Rahsia Hari Jumaat

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Dalil-Dalil Diperintahkan Membaca AL-QURAN Secara Bwrtaranum.

Terdapat banyak dalil yang memerintahkan supaya kita bertarannum semasa membaca Al-Quran. Oleh itu, tidak dapat tidak bagi kita untuk membacanya dengan bertarannum supaya mendapat ganjaran daripada Allah swt. Antara dalil-dalilnya ialah :-

1. Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “ Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara kamu. Sesungguhnya suara yang elok iti akan menambahkan keelokan bacaan al-Quran itu” 
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ad-Darami, An-Nasa-ie dan Al-Hakim)

2. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Dipersilakan ahli al-Quran ke syurga: “ Bacalah, naiklah ke tingkat dan perelokkanlah bacaan kamu sebagaimana kamu mengelokkan bacaannya ketika di dunia dahulu. Sesungguhnya tempat tinggal kamu di syurga ini adalah berdasarkan akhir ayat yang kamu bacakan”. (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibbah dan Tirmizi) 

3. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu ialah apa yang diizinkan kepada nabi yang selalu mengelokkan suara untuk melagukan bacaan al-Quran dalam bentuk nyaring” ( Riwayat Bukhari)

4. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Hendaklh kamu menghiasi bacaan al-Quran itu dengan mempelbagaikan bunyi suara kamu” (Riwayat Abu Daud dan An-Nasa-ie)

5. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Bukanlah dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan al-Quran” (Riwayat Bukhari)


6. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Hendaklah kamu melagukan dengan bacaan al-Quran itu kerana bukan dari kalangan kami merekan yang tidak melagukan dengan bacaan al-Quran dan menangislah. Jika tidak mampu menangis mak buat-buatlah menangis ” 
(Riwayat An-Nasa-ie)


7. Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya: “ Hendaklah kamu mempelajari Kitab Allah S.W.T (Al-Quran) dan ceriakanlah serta perelokkanlah lagu bacaannya “ (Riwayat Muslam)

Thursday, June 9, 2011

Mari Mengaji..

 Assalamualaikum wrt wahai saudaraku
Program ini adalah untuk membantu sahabat2 seperjuangan dalam jurusan agama untuk mendapat kerjaya serta pendapatan tetap.Di sini kami sertakan pilihan kerjaya untuk anda.Oleh kerana kami menjaga kualiti pembelajaran,perlu diingat  untuk :
1)      Jadi pekerja mengaji.my ( jawatan ini dibuka sampai bila-bila )
a)      anda perlu mahir untuk mengajar semua subjek kami & akan ditemuduga dan sekirannya anda lulus anda akan dipanggil utk bertugas (mengajar utk jabatan kerajaan,pejabat swasta,ipt,sekolah,tadika & rumah ke rumah )
b)      gaji pada bulan pertama hingga 5 bulan tidak mencecah RM900 sebulan jika sambilan & tidak mencecah RM2500 sebulan untuk sepenuh masa.
c)       Soalan temuduga berdasarkan subjek seperti dalam servis di www.mengaji.my
·         Sila tunggu panggilan temuduga di negeri anda

2)      Jadi ahli mengaji.my (terhad )
a)      Anda perlu ada sijil atau tauliah atau pengesahan anda pernah belajar agama. (samada sekolah kerajaan/swasta)
b)      Jika anda mahir satu subjek sudah memadai  
c)       Jika tiada sijil/tauliah/pengesahan anda tetap akan ditemuduga
d)      Anda bukan agen (tidak perlu cari pelanggan utk mengaji.my)
d)      Tugas anda hanya mengajar di daerah anda utk jabatan kerajaan,pejabat swasta,ipt,sekolah,tadika & rumah ke rumah
e)       Anda mungkin akan dilantik menjadi pengurus utk memantau pekerja atau ahli kami yang cuma mengambil masa dlm 1 atau 2 jam sehari.
f)       Jika mengajar sendiri dibayar 70% pada tahap awal
g)      Setiap pekerja mengaji.my di bawah pemantauan anda dibayar 55%
h)      RM350 yuran kursus anda akan dapat balik pada bulan pertama mengajar
i)        Peluang untuk menjadi ahli hanya dibuka sementara.permohonan selepas ini tidak akan dilayan sama sekali.


PERKARA 2 :
  Assalamualaikum wrt!.
·         Arahan ini hanya untuk ahli sahaja,manakala permohonan pekerja perlu menghadiri temuduga
·         Keutamaan diberikan kepada ahli buat masa ini
*   Sila hantar semua dokumen diperlukan
*   Dokumen ini boleh dihantar melalui email atau fax atau pos
1) sijil  atau ijazah atau tauliah atau surat pengesahan guru agama
2) salinan k/p
3) salinan buku / penyata akaun CIMB
4) gambar berukuran passport
5) nyatakan daerah pilihan anda utk mengajar
6) sila buat pembayaran yuran kursus mengajar  RM350 di CIMB Bank : 
    Nama               : Nihasmi global management
    No akaun        : 0217 0003 158 051
7) resit pembayaran anda
8) no tel h/p dan rumah (jika ada)
9) alamat surat menyurat
** kami berhak membatalkan permohonan anda jika didapati anda bukan guru agama/bekas pelajar   
      agama dan wang akan dikembalikan dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
** jika sijil/ijazah anda bukan bidang agama, akan ditemuduga & abaikan arahan no 6 & 7.
** kursus cara mengajar akan diberikan sebelum anda mula bertugas dengan kami.
** jika anda mengajar selain ajaran mazhab shafie. keahlian anda akan dibatalkan serta merta.
**sebarang pembatalan keahlian tidak dilayan setelah anda mendaftar.

Wednesday, June 8, 2011

Cek Nak Mintak Maaf..

Assalamualaikum..

Maaf maaf maaf...

Itu je perkataan yang ceq mampu keluarkan dari mulut ni. ceq nak bela diri sendiri ni. bila ceq dalam keadaan separuh sedar, ceq dah tak mampu nak fikir apa lagi dah. apa yang terlintas di otak, terus ceq ambil jadikan sebagai panduan dan jawapan. nampaknya ceq tersalah anggap ni. malu pun ada, tapi nak buat macam mana kan, ceq manusia biasa hehe.

Ini entry ceq yang paling personal sekali, ditujukan kepada seseorang yang pernah terasa hati dengan ceq. maaf sekali lagi. ceq takda niat langsung nak fikir camtu sebenarnya, ceq cuma takut lain yang akan jadi. perasan na ceq ni haishh haha. tapi takdapa lah, ceq memang ikhlas nak minta maaf ni. kepada orang tersebut, sila lah maafkan ceq na. ceq tak nak kita putus sahabat hanya disebabkan ceq salah faham.

Ceq taknak bagitau sapa dia orang tu, ceq nak dia sendiri yang angguk-angguk kepala bila baca entry ceq ni. kita sesama manusia kena saling maaf-memaafi antara satu sama lain kan. harap lepas ni takda lah sengketa antara kita lagi. ceq nak benda tu semua back to normal. ceq sedar siapa diri ceq ni, manusia biasa ja yang sentiasa lemah disisiNya.

Once again, ceq nak minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki.

Psst~! hangpa semua jangan dok kalut p ingat benda lain bila ceq kata yang ceq ni dalam keadaan separuh sedar, maksud ceq, ceq tak boleh nak berfikir secara 100% disebabkan ceq tension, blur dan sebagainya.

Tuesday, June 7, 2011

FRom SPR

Tuan, Terima kasih atas minat tuan dalam urusan pilihan raya khususnya terhadap bidang pendaftaran pemilih. Untuk makluman tuan, setelah semakan dibuat ke atas nombor kad pengenalan tuan, didapati bahawa nama tuan telahpun sedia direkodkan dalam pangkalan data SPR pada 30/5/2011 dan kini masih berada dalam peringkat (TRANSAKSI) atau (RANG DAFTAR PEMILIH).Butiran maklumat ringkas berkaitan dengan status pendaftaran tuan adalah seperti yang berikut: Kategori Pemilih / Cara Pendaftaran BIASA/BORANG No. KP/ No. KP Spouse ************ ( )/ Nama MOHAMMAD NAIM BIN KHALIB Jantina (Tarikh Lahir) LELAKI( 27 May 90 ) Bangsa (Agama) MELAYU (ISLAM ) No. Rumah ** Alamat NO ** ******* ***** Negeri KEDAH Kod Lokaliti TIDAK LENGKAP Status Rekod Pendaftaran Baru Tarikh Mohon-Tarikh Kemaskini 30/05/11 - Sebagai makluman, urusan pendaftaran dan pengesahan daftar pemilih mengikut suku tahun mengambil tempoh antara 3 hingga 5 bulan seperti yang berikut: SUKU TAHUN PERTAMA pada bulan Januari hingga Mac, PENGESAHANNYA dalam bulan Mei; SUKU TAHUN KEDUA pada bulan April hingga Jun, PENGESAHANNYA dalam bulan Ogos; SUKU TAHUN KETIGA pada bulan Julai hingga September, PENGESAHANNYA dalam bulan November; dan SUKU TAHUN KEEMPAT pada bulan Oktober hingga Disember, PENGESAHANNYA dalam bulan Februari tahun berikutnya. Oleh kerana rekod tuan didaftarkan pada SUKU TAHUN KEDUA, maka rekod tuan akan DISAHKAN dalam bulan Ogos 2011. SPR akan mengumumkan tarikh pameran dan pengesahan daftar pemilih tersebut melalui media massa untuk makluman orang ramai. Tuan adalah digalakkan untuk menyemak rekod pendaftaran tuan dalam tempoh tersebut. Sekiranya tuan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, tuan bolehlah menghubungi PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI KEDAH,ARAS 4, ZON A, WISMA PERSEKUTUAN,PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 06550 BANDAR MUADZAM SHAH,KEDAH DARUL AMAN atau di talian 04-7001313. Sekian.

Sunday, June 5, 2011

Kenali Alasan Anda

Assalamualaikum.

Tahukah anda bahawa alasan terdapat dua jenis iaitu jenis alasan yang merosakkan dan jenis alasan yang membangun.

Alasan yang merosakkan adalah seperti yang selalu anda lakukan apabila anda berasa tidak mampu melakukan sesuatu dengan baik atau setelah anda gagal melakukan tugasan.

Saya terlambat kerana …..
Saya gagal kerana ……..
Saya tidak mampu kerana ……..

Alasan-alasan seperti di atas ini tidak akan membantu anda dalam proses meningkatkan diri. Sebaliknya anda akan terus berasa seperti berada di dalam zon selamat sedangkan hakikat yang berlaku adalah anda telah menanam jauh potensi diri anda sendiri.


Mari berkenalan dengan alasan yang baik.

Alasan yang baik adalah anda mencari sebab dan jalan bagaimana setiap agar setiap tugasan dapat dilaksanakan sehabis baik. Tanamkan dalam diri bahawa anda mampu melakukannya dengan cara yang terbaik setakat yang anda mampu.

Saya tidak boleh lambat lagi kerana ……………
Saya tidak akan gagal lagi kerana ………..
Saya akan cuba kerana ………….


Berilah sokongan dan dorongan kepada diri anda sendiri. Jangan meletakkan kepercayaan kepada diri sendiri bahawa anda tidak mampu. Mulai hari ini, ubahlah cara anda beralasan. Saya tahu anda mampu melakukannya kerana anda telahpun dilahirkan menjadi manusia.