Friday, March 18, 2011

Kisah Lawak Antara Wartawan Dan Peserta Demontrasi

Situasi : Tempat Demontrasi Serah DNA. Selepas penat berdemontrasi dan tunjuk perasaan oleh kaum wanita agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah sample darah untuk membuat padanan DNA, maka mereka pun berehat-rehat. Peluh berjujuran dan mereka kelihatan agak semput. Lalu datang seorang wartawan mendekati mereka untuk menemu bual;


WARTAWAN : Boleh mak cik beritahu apa itu DNA ?


MAK CIK A : Tuala good morning. (penuh yakin)


MAK CIK B : Berus gigi. (Bersemangat)


MAK CIK C : Botol air mineral . (Sambil mengangkat lengan)


WARTAWAN : Pak cik pulak ( Kebetulan ada seorang lelaki agak berumur di sisi mereka)


PAK CIK : Mak cik kau ni yang ajak. Katanya dapat duit RM20 ringgit, lepas tu dapat makan nasi bungkus free.


WARTAWAN : Habis tu pak cik tak tau lah, apa itu DNA?


PAK CIK : Mak cik kau yang ajak...dia tak beritahu pun kedai DNA tu...Kat mana kedai tu.


Wartawan pening kepala, rasa kesian bercampur lucu mengenang peserta demontrasi itu.



Thursday, March 17, 2011

Situasi nie berlaku di sekitar Kedah...sewaktu roadblok sedang dijalankan oleh pihak polis. (pakcik ni baru ja dapat Lesen P)




Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : pi Aloq Staq (dalam loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak pi Aloq Staq laa..
Polis : Amboi...nak main2 plak pakcik nie(tersengih). Pak Cik..."P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya!!!...apa hang ingat aku ni kolot ka tak tau jalan ni nak pi aloq staq?...Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau!!!(marah).
Polis : Pi lah pakcik satgi lain plak jadinye... nyusah btoii!!!
Pak Cik : Haaaa kan senang camtu..

Melalui E-Mailku 2 hari lalu...

Dear applicant
Assalamualaikom warahmatullah wabarakatuh
Thank you for submitting an application to enroll into Al-Madinah International University. Your application details are as follows:
Name: Mohammad Naim Bin Khalib
Reference Number: ADM11AN617

We hereby would like to draw your attention to the importance of the submission of all the required and necessary documents to support the application during this week (true copies of academic certificates with the transcripts + copy of identity card + 3 passport-size photographs) in the following ways:
  1. Soft copy to the following link:
    http://online.mediu.edu.my/apply/Applicant
    Or through university website login into applicants (using the same username and password mentioned earlier)
  2. Soft copy to the following e-mail:
    admission@mediu.edu.my
  3. By post to the following address:
    Al-Madinah International University
    11th Floor, Plaza Masalam,
    No.2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E/9E,
    Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
    TEL: +603 - 5511 3939 Ext: 404 Fax No: 03 - 5511 3940
If you encounter any problem in this regard, please contact the support team via the following channels:
  1. Zopim Service“chatting”, from out website
    http://www.mediu.edu.my/ or;
  2. Inquiry page
    http://cmsweb.mediu.edu.my/EnquiryForm/EnquiryForm.aspx or;
  3. Via only SMS to "0060193015078" or;
  4. Call telephone number +603 55113939 “Office hours 8:30am - 5:30pm Malaysia time - From Monday to Friday”
For better service please always write your name and reference number clearly
Thank you very much!

Students Recruitment Unit
Al-Madinah International University


عزيزي المتقدم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
شكراً لكم، جامعة المدينة العالمية ترحب بك راغباً في الانضمام إلى ركبها ويسعدنا أن نبلغكم بأن طلب التقديم قد وصلنا وتم اعتماده بالمعلومات التالية :
الإسم : Mohammad Naim Bin Khalib
الرقم المرجعي : ADM11AN617
ونود هنا أن نلفت انتباهكم إلى سرعة إرسال وثائقكم (نسخ طبق الأصل للشهادات الدراسية مع كشف الدرجات+صورة من بطاقة الهوية أو الجواز+3صور شخصية) خلال هذا الأسبوع وذلك عبر إحدى الطرق التالية:
  1. سحبها بالماسح الضوئي- الاسكانر- وتحميلها إلى الرابط التالي:
    http://online.mediu.edu.my/apply/Applicant
    أو عبر نافذة المتقدمين بموقع الجامعة الالكتروني
  2. سحبها بالماسح الضوئي –الاسكانر- وارسالها الى البريد الالكتروني التالي:admission@mediu.edu.my
  3. إرسالها بالبريد السريع إلى العنوان التالي :
    Al-Madinah International University
    11th Floor, Plaza Masalam,
    No.2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E/9E,
    Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
    TEL : +603 - 5511 3939 Ext : 720 Fax No : 03 - 5511 3940
وإذا كان يوجد لديكم أي استفسار بهذا الخصوص، الرجاء الاتصال بفريق الدعم الخاص بالجامعة عبر الطرق التالية:
  1. خدمة المساعدة المباشرة
    Zopim
    "اضغط على الرابط أدناه وسيظهر لك اطار منبثق يمكنكم استخدامه للتحدث مباشرة مع موظفي الجامعة" أو
    http://www.mediu.edu.my/ar
  2. خدمة الاستفسار "اضغط على الرابط أدناه"
    http://cmsweb.mediu.edu.my/EnquiryForm/EnquiryForm.aspx?lang=ar-SA
  3. أو أرسل رسالة قصيرة إلى الهاتف الجوال "0060193015078"(لخدمة أفضل الرجاء كتابة الاسم والرقم المرجعي)
  4. أو الاتصال مباشرة على رقم الهاتف
    +603 55113939
    (وقت الدوام فقط من 8:30 صباحاً حتى 5:30 مساء بتوقيت ماليزيا" من يوم الاثنين إلى يوم الجمعة)
شكراً لك!

وحدة استقطاب الطلاب
جامعة المدينة العالمية

Tuesday, March 15, 2011

PM Jepun Sahkan Radioaktif Bocor, Paras 'Sangat Tinggi'

Perdana Menteri Jepun Naoto Kan mengesahkan radiasi keluar daripada loji tenaga nuklear di timur laut negara itu selepas awal pagi tadi letupan kali ketiga dalam tempoh empat hari dan satu lagi kebakaran baru dilaporkan.

"Nampaknya kadarnya sangat tinggi, dan masih ada tahap risiko yang tinggi bagi lebih banyak radiasi keluar (dari loji)," kata Kan dalam kenyataan dikeluarkan menerusi televisyen.

Kan memberitahu radiasi terbocor daripada tiga reaktor loji tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi, salah satu wilayah yang paling teruk dilanda gempa bumi pada skala 9 dan tsunami 10 meter.

Sementara itu zon tiada penerbangan (no fly zone) diumumkan pada radius 30 km persegi sekitar loji nuklear Fukushima Daiichi.

Perdana Menteri itu berkata, mereka yang tinggal dalam kawasan lingkungan 30 kilometer diminta hanya berada di rumah masing-masing.

Operator reaktor telah meminta bantuan Amerika Syarikat manakala agensi berita Kyodo pula berkata kadar radiasi sembilan kali lebih tinggi daripada kedudukan yang dikesan di Kanagawa dekat Tokyo.

"Kami mengambil segala usaha yang terdaya untuk mengelakkan kebocoran daripada merebak," Kan.

"Saya tahu bahawa orang ramai bimbang tetapi saya minta anda bertindak dengan tenang," katanya lagi.

"Berlaku kebakaran di reaktor No 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar telah meningkat dengan signifikan. Kemungkinna kebocoran radioaktif semakin meningkat," kata Kan yang kelihatan suram.

Terdahulu Kedutaan Perancis mengeluaran amaran bahawa radiasi dari kawasan itu akan bergerak ke Tokyo dalam tempoh 10 jam.

Jarak antara Tokyo dan kawasan loji iti adalah kira-kira 240 kilometer.

Di sebalik kebimbangan mengenai impak bencana berganda ini, pasaran saham Jepun pula jatuh tujuh peratus, ke paras paling rendah dalam dua tahun, selepas merosot 7.6 peratus semalam.

Sebelum ini Kan memberitahu Jepun berhadapan dengan krisis paling buruk sejak Perang Dunia Kedua dengan kos kewangan bencana ini dianggarkan AS180 bilion, yang menurut penganalisis akan membawa negara ketiga terkaya itu kembali ke era kemelesetan.

Monday, March 14, 2011

Beribu risalah perkauman ditabur dan lebih 40 buah kereta dipancitkan malam ceramah Kedah Sejahtera


Pada 3 Mac, Beribu risalah perkauman ditabur di sekitar Stadium Darul Aman dan berpuluh buah kenderaan orang ramai yang hadir mendengar ceramah dipancitkan tayarnya. Begitulah senario malam keempat Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera yang diadakan di sini.

Ceramah Perdana pada malam ini (semalam) menampilkan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan di dalam Stadium Darul Aman.

Orang ramai yang mahu pulang sebaik sahaja program ceramah berakhir terkejut apabila mendapati banyak kenderaan yang dipancitkan tayarnya. Sehingga berita ini ditulis sekurang-kurangnya 40 buah kenderaan didapati tayarnya dipancitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Kesemua kenderaan tersebut diletakkan di tempat letak kenderaan yang dibenarkan serta tidak menghalang laluan.

Sementara itu Briged Amal dapat mengumpul kesemua risalah politik yang berbaur perkauman sebelum ia sempat teredar secara meluas kepada orang ramai. Antara isi kandungan risalah itu ialah fitnah jahat terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Encik Shaharudin Omar dari Pokok Sena, beliau terkejut mendapati dua buah tayar kenderaannya kempis sewaktu menghampiri kereta. "Rupanya sederet empat buah kereta berhampiran saya mengalami nasib yang sama," ujarnya.

Orang ramai percaya peristiwa mempancitkan tayar kenderaan dan penyebaran risalah perkauman adalah angkara pihak yang sama. "Mungkin sambutan hebat rakyat terhadap program Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera telah menggusarkan mereka, sehingga tenggelam punca lalu mengarahkan budak-budak jahat untuk melakukan perbuatan tidak bermoral itu," ujar seorang pengunjung dari Jitra.

Sunday, March 13, 2011

Tahniah ...Chong Wei pertahan kejuaraan Seluruh England




Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Seluruh England apabila menumpaskan pemain China, Lin Dan pada final perseorangan di Birmingham, Chong Wei menang 21-17,21-17 untuk singkirkan musuh tradisinya itu dalam masa 52 minit. Apa pun tahniah Lee Chong Wee, kerana berjaya mengalahkan musuh tradisi kamu ya..semoga lebih berjaya pada tahun ini.
Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor hari ini membuat kejutan apabila membayangkan tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam.

Ketika pemimpin kerajaan lain termasuk suaminya menyampaikan takziah kepada Tokyo, stesen televisyen AWANI memetik Rosmah sebagai berkata malapetaka itu memberi pengajaran penting kepada Jepun dan negara-negara lain.

Beliau mengaitkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia.

"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, " kata Rosmah.

"Ini termasuk juga negara kita,'' tambah beliau.

Rosmah menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Jepun terhadap bencana berkenaan.

Angka rasmi kematian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu kelmarin adalah 689 orang namun jumlah mangsa dijangka meningkat dengan mendadak kerana ribuan rakyat negara itu masih dilaporkan hilang.