Friday, March 18, 2011

Kisah Lawak Antara Wartawan Dan Peserta Demontrasi

Situasi : Tempat Demontrasi Serah DNA. Selepas penat berdemontrasi dan tunjuk perasaan oleh kaum wanita agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah sample darah untuk membuat padanan DNA, maka mereka pun berehat-rehat. Peluh berjujuran dan mereka kelihatan agak semput. Lalu datang seorang wartawan mendekati mereka untuk menemu bual;


WARTAWAN : Boleh mak cik beritahu apa itu DNA ?


MAK CIK A : Tuala good morning. (penuh yakin)


MAK CIK B : Berus gigi. (Bersemangat)


MAK CIK C : Botol air mineral . (Sambil mengangkat lengan)


WARTAWAN : Pak cik pulak ( Kebetulan ada seorang lelaki agak berumur di sisi mereka)


PAK CIK : Mak cik kau ni yang ajak. Katanya dapat duit RM20 ringgit, lepas tu dapat makan nasi bungkus free.


WARTAWAN : Habis tu pak cik tak tau lah, apa itu DNA?


PAK CIK : Mak cik kau yang ajak...dia tak beritahu pun kedai DNA tu...Kat mana kedai tu.


Wartawan pening kepala, rasa kesian bercampur lucu mengenang peserta demontrasi itu.



No comments:

Post a Comment