Saturday, April 9, 2011

Penat oi Penat

Assalammualaikum dan selamat pagi semua....hehehe..lama xupdate blog..hehehe...malas sebenarnya..lagipun sekarang busy kerja..hehehe..oppss ! kantoi pula pi bagi tau pasal kerja..hehehe...x pa la..heheh..nie cek ada cerita nk kongsi nie..cecite cecite...hehehe..*mcm hantu kak limah balik kg la pulok..hehehe...sebnarnya aku baru mula keja...ya allah mmg letih gak la...tpi first2 keja ok g...msk ari kedua..letih ya amat..bkn kes pa pn..kes tut..banyak betol kan kes zaman sekarang neh......hehehe...*nie bkn nk mrungut ke apa...nk luahkan perasaan sahaja..hehehe...mau x letihnya...dah la dari pg smpi petg xduduk2..hurmmm nie la bru nmanya keja kut noh..bagi sesiapa yg dah lama keja mcm nie la kut bila baru2 keja..hurmm..nk wat gena..nk cri pndptan sendiri..so kena la usha sendiri ye..hehehe....hurmmm....haaa...lupa nk gtaw...sebenarnya..cek kann..keja kan..kt kan..hehehe...dok kan3...haihhhh senang xpayah la...walaupun berat keja dia..atleast kita dah ada  experience berkerja..so nty pas graduate nty kita dah taw bagaimana dan rasanya berkerja nie..susah ke senang ke kerja nie sebenarnya.. bak kata org tua bersusah-susah dahulu,besenang-senang kemudian...*betul kut noh pribahasa nie..hehehe..hentam je la..hehehe.k la setakat nie ja la pena aku kali nie..kalau aku  da msa lapang g,aku  kongsi dgn hampa lain ye...wasalam

Semua Urusan SPRM di Tingkat Bawah Pulak dah..


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu dijalankan di aras bawah bangunan SPRM berkuatkuasa serta merta. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM.


"Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Menurut Zakaria, SPRM juga telah mengarahkan pengarah bahagian keselamatan membuat pemeriksaan terperinci terhadap keseluruhan pejabat SPRM sama ada yang dimiliki sendiri, disewa atau bangunan gunasama bagi memastikan ciri-ciri keselamatan dipenuhi.


"Mengenai keselamatan pejabat-pejabat SPRM ini, kita sudah ada arahan Ketua Pesuruhjaya (KP)sejak dulu lagi yang masih berkuatkuasa. "Mengikut arahan Ketua Pesuruhjaya, semua pengarah bahagian, pengarah SPRM negeri serta pegawai SPRM bahawa tetamu atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke pejabat pegawai. Tempat pertemuan hanya terhad di ruang menunggu atau bilik tetamu sahaja," katanya.


Friday, April 8, 2011

Sarbani Bukan Membunuh Diri

Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Razak dan menuntut Perdana Menteri membersihkan nama baik jabatan itu. Presidennya Ibrahim Ahmad juga berkata kes Ahmad Sarbani Mohamed yang dijumpai mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu tidak harus dikategorikan sebagai membunuh diri.

Beliau juga berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh SPRM. "Ini kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul," katanya dalam satu sidang media petang ini. Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani.

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.' "Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata kesan kecederaan pada jenazah Ahmad Sarbani konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

Kelmarin, mayat Allahyarham, 56, ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.  Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.


Tuesday, April 5, 2011

Pegawai Kastam Mati Di Pejabat SPRM,.....


Seorang Pegawai Kastam yang disiasat berhubung tuduhan rasuah dijumpai mati di perkarangan bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur hari ini.

Pegawai berkenaan telah naik ke tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane untuk disoal siasat sebelum di jumpai mati diaras bawah tingkat bangunan, pada kira- kira pukul 10.15 pagi tadi, the Star memetik Pengarah Penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali sebagai berkata. SPRM dijadualkan mengadakan sidang akhbar petang ini untuk memberikan butir- butir penuh kejadian itu. Tragedi berlaku ketika sebuah Suruhanjaya Diraja sedang menyiasat prosedur operasi SPRM susulan kematian bekas pembantu Exco Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock, yang mati pada Julai 2009.

Mayatnya dijumpai di tingkat lima bangunan SPRM Selangor setelah beliau disiasat sepanjang malam di Tingkat 14 bangunan itu. Awal minggu ini, SPRM menahan lebih enam puluh pegawai Kastam dan merampas sejumlah wang bersabit siasatan rasuah di bawah beberapa akta termasuk Akta Pengubahan Wang Haram.








Wajib Lulus Bahasa Arab Untuk Masuk Ke Universiti Al-Azhar


Pelajar Malaysia yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir, bakal disyaratkan wajib lulus Bahasa Arab yang dikendalikan oleh universiti itu sebelum layak diterima.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti itu mahu melaksanakan syarat baru tersebut tahun ini tetapi kementerian telah memohon supaya pengurusan universiti Al-Azhar mengadakan kelas dan peperiksaan Bahasa Arab di Malaysia. Katanya syarat ini hanya dikenakan kepada pelajar Pengajian Islam sahaja.
"Al-Azhar mahu perkenal peperiksaan Bahasa Arab mengikut standard mereka. Aduan Universiti Al-Azhar ialah ramai pelajar Malaysia yang tidak datang ke kelas kerana tidak faham Bahasa Arab. "Oleh itu, mereka mengambil masa terlalu lama untuk belajar di Al-Azhar," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Program Latihan 1Malaysia Peringkat Zon Sarawak 2011 di Kolej Komuniti Kuching, dekat sini hari ini.
Katanya Universiti Al-Azhar mahu mengenakan syarat tersebut kepada pelajar Malaysia kerana ramai pelajar yang mahu melanjutkan pengajian Islam di sana tidak fasih Bahasa Arab. Al-Azhar mempunyai hampir 7,000 pelajar Malaysia yang mana dua hingga tiga ribu pelajar yang tidak habis-habis pengajiannya, kata Mohamed Khaled.
Katanya kementerian itu mendapat tahu keadaan ini sewaktu melancarkan Ops Piramid menyelamatkan pelajar terkandas di Mesir berikutan pergolakan politik negara itu Februari lepas. "Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, mereka perlu maintain standard dan reputasi mereka. Tidak mungkin mereka dapat terima hakikat bila pelajar terpaksa mengambil masa 10, 12 atau 15 tahun untuk habiskan pengajian," katanya.
Menyentuh Program Latihan 1Malaysia yang dilancarkan awal tahun ini, Mohamed Khaled berkata seramai 21,397 orang telah mengikuti tiga bidang yang ditawarkan iaitu bahasa, muzik dan tarian serta bidang teknikal. Katanya daripada jumlah itu, hampir 6,600 adalah pelajar berumur 41 tahun manakala sebahagian besar daripada keseluruhan pelajar adalah wanita.
"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa berusaha untuk menggalakkan supaya masyarakat meningkatkan ilmu pengetahuan," katanya. Selain Kolej Komuniti Kuching, empat lagi kolej komuniti di Sarawak ialah di Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Kolej Komuniti Cawangan Betong dan Kolej Komuniti Miri.