Friday, February 18, 2011

Pantun Jiwang

Akar tanjung pagar selasih,
Balung kulit berisi serai;
Alangkah teruk menanggung kasih,
Tak kerana kulit tulang bercerai.

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana sumbunya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Kalau memerah limau kasturi,
Sebelum diperah buanglah bijinya;
Harta habis boleh dicari,
Patah hati apakah ubatnya.

Padang Panjang dilingkar bukit,
Bukit dilingkar kayu jati;
Kasih sayang bukan sedikit,
Dari mulut sampai ke hati.

Orang Acheh pulang ke Acheh,
Mengail kurau dapat senangin;
Bakan mudah kita berkasih,
Laksana wau melawan angin.

Anak ruan lima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Menjadi hutang beribu tahun.

Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar dipohon meranti
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi

Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati

Bunga rampai di dalam puan
Buluh perindu di atas gunung
Adakah sampai kepadamu tuan?
Rindu kekanda tidak tertangung

Berkurun lama pergi menjauh
Wajah kulihat di dalam mimpi
Kalau dah kasih sesama sungguh
Kering lautan tetap ku nanti.

Ayam disabung jantan dipaut
Jika ditambat kalah laganya
Asam di darat ikan di laut
Dalam belanga bertemu jua

Gunung tinggi dilitupi awan
Berteduh langit malam dan siang
Bila adik mengirimkan pesan
Hancur seluruh sendi abang

Kutukan Kepada Perzina

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya. ” (HR al-Bazzar)

Huraian :

i) Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) di samping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.

ii) "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32) Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini iaitu ''Janganlah kamu mendekati zina, bukan ''Janganlah melakukan zina'' mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan), bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya.

iii) Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat.

iv) Hari ini seakan menjadi “trend”, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.

v) Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

Tuesday, February 15, 2011

Aku Rindu Kampung Halamanku


Disaat aku melihat gambar ini aku teringat dengan kampung halaman bersama sanak saudaraku.  Lama perjalanan dari International Islamic University Selangor ke kampungku dalam lingkungan lima hingga enam jam (Jauhnyaaaa).  Oleh kerana jarak yang jauh itu aku jarang pulang dan aku harus menjalankan rutin aku di kampus, tambahan pula, sekarang aku di dalam  peperiksaan terakhir yang akan menentukan arah kerjayaku.

Kampung Sakan, itulah nama kampungku, sebuah negeri yang terkenal dengan Sawah Padi. Kampungku merupakan daerah yang rata-rata penduduknya bekerja sebagai pesawah dan peniaga. Sungguh aku rindu sekali dengan kampung halamanku. Disanalah aku tumbuh dan berkembang.

Aku rindu dengan hamparan luas sawah yang mempersona, mandi di sungai belakang umahku dan tali air kok tiga yang  jernih dan bersuhu dingin.(hehehehe). Indah, itulah kata yang dapat diucapkan ketika menjejakkan kaki di kampungku tercinta.  Disana aku dapat melepaskan semua masalah dan menenangkan diri dari segala problem yang ada.

Kerinduanku akan kampung tercintaku akan terubat tiga minggu lagi (Insyallah). Kerana aku akan menamatkan pembelajaranku. Sungguh mendebarkan. Aku sudah tak sabar untuk bertemu dengan  Bonda, Ayahnda, Kekanda  serta saudara dan kawan-kawan masa kecil dan sekolah dulu. Aku ingin menyambung lagi tali silaturrahim yang agak terputus,  kerana kesibukanku mengejar impian.

Kampung Sakan, tunggu aku, aku akan datang padamu, aku akan bercerita padamu tentang apa yang aku rasa selepas meninggalkanmu. Harap dapat menyambut aku dengan nyanyian udara segarmu, serta riakan sungai-sungai yang mengalir di atasmu.  Tak sabar aku menikmati malam di kampung halamanku.(Luah Perasaan Katakan)..

Monday, February 14, 2011

Ragam Cinta Katakan........

Kalau bercinta..... Jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa berdating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling di dalam kelas, minum air ....pehhh.....kongsi segelas.. kalau ada konflik.......

Haaa...mulalah frust, nak tunai solat pon malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, result dah nak kuar, tau pulak cemas, takut exam tak past, Last....last.... awek sendiri kena kebas... kesian...melepas.....

So..... jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, Jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan tegas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta dihulur ikhlas, janganlah bimbang,cintamu pasti dibalas, kasih yang agung pasti pada yang  SINGLE




Esok 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiuawal 1432, Umat Islam merayakan sambutan ulang tahun Keputeraan Nabi Muhammad saw. Bersempena dengan hari keputeraan tersebut berbagai acara sambutan ynag bercorak kegamaan diadakan bagi tujuan memperingati dan memberi kesedaran tetang pertusan beliau sebagai Pesuruh Allah untuk menyampaikan ajaran agama Islam kepada semua manusia di bumi Allah ini.

Umat Islam dikehendakki mempelajari serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanah dan diperintahkan oleh Allah swt sebagaimana mengikut ajaran-ajaran yang di bawa melalui Al Quran dan Sunnah Nabi saw .

Peranan beliau serta usaha yang disumbangkan oleh para sahabat begitu besar kepada umat Islam sehingga turun temurun.

Hari Isnin pagi tanggal 12 Rabiul awal Nabi Muhammad saw wafat. Menurut bebarapa riwayat beberapa minit sebelum meninggal, beliau berbisik ke telinga Ali bin Abu talib: " Solat . Solat,"Solat".

Sunday, February 13, 2011

14 Februari 2010..Apa Yang Bestnya Tarikh neh??

APA ITU VALENTINE ??!!
Hari Valentine lebih dikenali sebagai "Hari Kekasih" yang sedang bercinta bagi meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari.

ASAL USUL HARI VALENTINE :
Versi popular berkaitan sejarah Valentine ialah perkataan Valentine adalah sempena nama Paderi Besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine. Beliau amat disayangi kerana berjaya menumpaskan Kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari 270 Masihi.Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya "Hari Valentine".

PANDANGAN ISLAM TERHADAP HARI VALENTINE :
Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syari'ah (PKS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa amalan Menyambut Hari Valentine adalah HARAM dan bertentangan dengan ajaran Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke - 71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut adalah mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah serta dilarang oleh Islam.

KONSEP KASIH SAYANG DALAM ISLAM :
Kasih sayang adalah satu anugerah dan ia sangat dituntut dalam Islam. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang disayangi sehingga terjadi kes bunuh diri yang jelas diharamkan dalam Islam. Konsep kasih sayang sebenar dalam Islam untuk pasangan kekasih adalah menyayangi berdasarkan panduan Allah s.w.t. sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an dan Hadis.

TEGAHAN MENYAMBUT HARI VALENTINE :
Islam melarang sambutan Hari Valentine ini kerana ia boleh menjerumuskan pasangan ke arah maksiat seperti berlakunya pergaulan bebas, zina dan hamil tanpa nikah. Malah sambutan ini juga seumpama kita meraikan kemenagan orang Kristian menewaskan Pemerintahan Islam di Cordova, Spanyol.

Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam agar meningkatkan lagi ilmu kefahaman kita terhadap Islam dengan sentiasa membaca buku-buku agama, berguru dengan ahli agama yang diiktiraf kelulusan atau ilmunya, mendengar ceramah-ceramah agama dan seumpama dengannya. Perbanyakkanlah bertanya dengan ahli agama agar kita tidak sesat di dunia dan di akhirat. Janganlah kerana kejahilan kita ini, menyebabkan kita mudah terpengaruh dengan keseronokkan dunia yang sudah pastinya tidak kekal abadi. Keseronokkan di dunia sebenarnya adalah bersifat semntara. Akhiratlah yang kekal abadi selamanya.

Sebenarnya, Islam tidak meletakkan hari khas untuk berkasih sayang sesama manusia. Mereka (selain Islam) hanya menunjukkan kasih sayang hanya untuk satu hari setiap tahun pada tanggal 14 Februari. Inilah bukti bahawa Islam mengharapkan umatnya agar sentiasa berkasih sayang sesama manusia mengikut landasan dan panduan Syariah Islamiah. Malah kita dituntut menyayangi saudara seIslam kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri pada setiap masa.

Sebab itulah, mereka (kufar) sentiasa membunuh, menyerang, menjajah, merampas dan melakukan kerosakkan di muka bumi ini. Lihatlah kasih sayang yang mereka laung-laungkan pada tanggal 14 Februari pada setiap tahun yang bersifat sementara iaitu hanya sehari semalam sahaja. Inilah kasih sayang yang mereka buktikan kepada dunia apabila mereka menyerang Palestain, Iraq, Afghanistan, Sudan dan Lubnan. Adakah kita menyedarinya ??? Oleh itu, kasih sayang mesti disemai pada setiap hari, barulah kita dan pasangan kita akan bahagia ke akhir hayat. Malah Islam tidak melarang kita menyayangi pasanagan yang memang sah ikatan perkahwinannya dan sudah semestinya dituntut dalam Islam.
wALLAHu a'lam..