Tuesday, February 15, 2011

Aku Rindu Kampung Halamanku


Disaat aku melihat gambar ini aku teringat dengan kampung halaman bersama sanak saudaraku.  Lama perjalanan dari International Islamic University Selangor ke kampungku dalam lingkungan lima hingga enam jam (Jauhnyaaaa).  Oleh kerana jarak yang jauh itu aku jarang pulang dan aku harus menjalankan rutin aku di kampus, tambahan pula, sekarang aku di dalam  peperiksaan terakhir yang akan menentukan arah kerjayaku.

Kampung Sakan, itulah nama kampungku, sebuah negeri yang terkenal dengan Sawah Padi. Kampungku merupakan daerah yang rata-rata penduduknya bekerja sebagai pesawah dan peniaga. Sungguh aku rindu sekali dengan kampung halamanku. Disanalah aku tumbuh dan berkembang.

Aku rindu dengan hamparan luas sawah yang mempersona, mandi di sungai belakang umahku dan tali air kok tiga yang  jernih dan bersuhu dingin.(hehehehe). Indah, itulah kata yang dapat diucapkan ketika menjejakkan kaki di kampungku tercinta.  Disana aku dapat melepaskan semua masalah dan menenangkan diri dari segala problem yang ada.

Kerinduanku akan kampung tercintaku akan terubat tiga minggu lagi (Insyallah). Kerana aku akan menamatkan pembelajaranku. Sungguh mendebarkan. Aku sudah tak sabar untuk bertemu dengan  Bonda, Ayahnda, Kekanda  serta saudara dan kawan-kawan masa kecil dan sekolah dulu. Aku ingin menyambung lagi tali silaturrahim yang agak terputus,  kerana kesibukanku mengejar impian.

Kampung Sakan, tunggu aku, aku akan datang padamu, aku akan bercerita padamu tentang apa yang aku rasa selepas meninggalkanmu. Harap dapat menyambut aku dengan nyanyian udara segarmu, serta riakan sungai-sungai yang mengalir di atasmu.  Tak sabar aku menikmati malam di kampung halamanku.(Luah Perasaan Katakan)..

No comments:

Post a Comment