Saturday, June 11, 2011

Dapat Kerja Dengan Bantuan Kabel

Topik aku kali ini dapat kerja menggunakan kabel. Ramai orang kata kalau nak masuk bidang kerja di sektor awam ni kena ada kabel. Kabel yang aku maksudkan ialah ‘orang dalam’ yang akan membantu calon temuduga dengan senang – senangnya mendapat pekerjaan yang dipohon.

Hakikatnya perkara ini memang wujud dalam jabatan kerajaan. Mereka dengan mudahnya mendapat perkerjaan atas bantuan orang dalam. Bagi aku ini tidak adil kerana ada calon yang gagal semasa temuduga masih dapat kerja yang di tawarkan. Kadang-kadang ada juga yang langsung tidak ada kelayakan akademik tetapi akhirnya duduk di kerusi yang ditawarkan.

Contohnya; calon A adalah anak kepada rakan baik pengarah jabatan kerajaan X, dia dipilih untuk jawatan yang di tawarkan berbanding calon B yang jauh lebih berkelayakan di sebabkan oleh keputusan pengarah jabatan itu di pengaruhi oleh ayah calon A.      

Apa yang boleh aku katakan adalah: inilah orang yang tidak jujur dan mampu merosakkan kredibiliti sesebuah jabatan. Disebabkan tindakan mereka, calon-calon temuduga yang lain merasa tawar hati dan dianiaya. 

Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan pemohon kerja di sektor awam kepada sektor kerajaan.  Disebabkan inilah ramai calon yang gagal temuduga berkata “Aku takde kabel mana nak dapat..Lain la si A tu, dia pakai kabel besar punya”. Apabila gagal saja, inilah persepsi yang diberi mereka. 

Akan tetapi adakah semuanya menggunakan kabel untuk memohon jawatan dalam sektor yang aku katakan tadi? Sudah tentu tidak. Sebenarnya kebanyakan penjawat yang dipilih adalah berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kelayakan mereka. Jika semua jawatan diberikan kepada orang yang tidak layak, bagaimana pula sesuatu organisasi dapat beroperasi dengan baik. 


Mari kita fikir – fikirkan.. Adios..

No comments:

Post a Comment