Wednesday, May 25, 2011

KAHWIN LARI....


Assalamualaikum...

Kat drama2 tv biasa kita tengok kisah percintaan yang dihalang oleh orang tua. Mak si gadis tak suka pada si lelaki kerana lelaki tu pelajaran tak tinggi.tak pun sebab lelaki tu kurang berharta. Kemudian pasangan kekasih ambil keputusan nekad lari dari rumah dan bernikah disempadan siam.

Drama yang biasa sangt kita tengok.tapi ini bukan hanya terjadi dalam drama dan filem malah dalam kehidupan nyata pun ada terjadi.tengok la berapa ramai pasangan yang ambik jalan mudah menyelesaikan masalah mereka. Lepas tu turun naik mahkamah semata2 nak daftarkan pernikahan mereka tu..

Nampak awal2 memang mudah.tapi perjalanan rumah tangga adalah untuk selamanya. Bukan untuk sehari dua. Apalah ertinya rumahtangga tanpa restu orang tua?hidup tak ada keberkatan.

Jika perhubungan kita tidak direstu terima lah dengan hati yang terbuka bahawa dia bukan lah untuk kita.Mungkin masih ada yang lain yang lebih baik untuk kita. Jika dengan tindakan kawen lari boleh menyelesaikan masalah itu bermakna kita membuktikan bahawa kita yang berpelajaran tak tinggi ni bukan saja tak berpelajaran malah tak pandai berfikir secara baik..

Sebaiknya duduk bersama dan berbincang. Pujuk la orang tua untuk dapatkan restu mereka. Jika tiada penyelesaian sila la undur diri. Mungkin ini bukan jodoh kita yang sebenarnya..

sekian..

**entry khas untuk seseorang...** 


No comments:

Post a Comment