Friday, February 25, 2011

Habis Exam...

Rasa lega sangat dah habis exam. Semalam punya paper agak susah sikit. Ada juga yang tak dapat jawab. Soalan yang last tu macam susah ( kira-kira katakan). Aku dapat jawab jugak la, Insyaallah. Tak tahu lah yang lain tu aku jawab betul ke tak? Ni yang paling aku takutkan sekali. Apa-apa pun aku dah cuba sedaya upaya untuk mengekalkan GPA semester ni. Doa sangat agar penanda kertas jawapan paper ni akan bagi markah kesian kat aku...

Terasa macam dah lepas satu beban yang berat. Dapatlah berehat, alamak terlupa pulak aku dah semester last..hak3... Begitu cepat masa berlalu.  Dah la semester ni aku agak frust dengan 1 paper yang banyak kawan aku kena buat test kedua.heheheh.(sapa paham ambik la). Yang 2 lagi subjek tempohari hari tu harap-harap dapat keputusan yang baik (agak-agak tak dapat jawab habis la,Nizam dan Law) . Takut betul rasanya nak tengok keputusan semester ni. Tekanan tu....tambah-tambah Tesis aku, waduh-waduh, ini yang membuatkan aku masih tersangkut di sini, Short Sem ka??alhamdulillah tidak, sebab apa?sebab penyelia aku tak nak aku ambik Short Sem. Aku akan berusaha siapkannya sehingga hari esok,kerana hari isnin penyelia aku nak tengok bab 1 sampai 4, pastuh terus jilid jika diizinkannya.

Kehidupan masih perlu diteruskan. Semangat perlu ada untuk semangat mencari kerja lepas habis belajar ... huhuhu...Di sini juga aku mengucapkan tahniah bagi kawan-kawan yang yang berniat sambung belajar ke peringkat lebih tinggi terutamanya kawan-kawan aku kelas DSPI B.

Gunakan peluang yang ada ini sementara anda berpeluang, jangan sia-siakannya. Sekiranya peluang ini anda semua gunakan dengan sebaiknya, Insyaallah, akan berjaya dengan cemerlang. Sekarang misi aku mencari kerja untuk, di dalam hatiku, memanglah ada niat nak sambung belajar lagi (minat belajar lagi taw) , tetapi mungkin rezeki aku di lain hari (sedih la pulak). Aku mendoakan semua kawan-kawanku berjaya di dalam perjuangan mereka semua.





No comments:

Post a Comment