Friday, June 3, 2011

Seks Sebelum Menikah Bukan Cinta Sejati

Semakin moden dunia ini, semakin kacau fikiran golongan anak-anak muda, terutamanya yang terpengaruh dengan pergaulan bebas ala barat. Jika dahulu cinta cuma diucapkan dengan pantun dan gurindam atau lagu atau kata-kata yang mengesankan, tetapi sekarang cinta perlu dibuktikan dengan perlakuan.

Jika generasi dahulu bercinta hanya berpegang tangan dan bersembang-sembang, cinta generasi sekarang pula bukan hanya berpegangan tangan, malah berciuman, berdakapan dan melakukan hubungan kelamin. Kononnya itulah bukti cinta yang sebenar, bahawa cinta perlukan pengorbanan, dari itu berikanlah apa saja yang boleh diberi, asalkan bahagia. Perlakuan yang mana pada dahulu adalah pantang besar tetapi sekarang pula menjadi hobi besar. Teruna bukan teruna lagi, dan anak dara bukan dara lagi. Agama tidak lagi menjadi pedoman bagi golongan ini.

Malah ada anak muda yang telah berpengalaman dengan ramai pasangan sebelum berkahwin. Gejala bohsia dan bohjan terjadi kerana mereka membubuh mana yang patut, sedangkan akibatnya amatlah buruk untuk dicatatkan. Sehingga nama ibu bapa disebut sebut orang, dikatakan tidak pandai menjaga anak. Apabila termengandung, pasangan yang bertanggung jawab terpaksalah membuat keputusan segera untuk berkahwin. Adakah pasangan ini boleh bahagia apabila berkahwin tanpa persediaan yang mencukupi. Dikhuatiri juga ada pasangan yang dipaksa berkahwin berlaku atas dasar kepaksaan atau berlaku kerana jebak yang mengena yang boleh menyebabkan jiwa memberontak.

2 comments:

  1. haih hang jangan jdi lagu tu sudah no..neh 2 laki berjubah berpurdah masuk hostel pempuan semalam..gila habaq hang tau..

    ReplyDelete