Monday, June 13, 2011

Melalui E-mailku...Luahan Rasa Isteri Bermadu...

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada masalah sikit ustaz, masalah saya adalah masalah bemadu. Saya ni baru sahaja melahirkan sorang anak. Lepas sahaja saya habis pantang suami saya kawin sorang lagi tanpa pengetahuan saya. Kalau di ikutkan sebenarnya saya sanggup bemadu, kalau itu kehendak suami saya.

Tetapi yang menyebabkan saya tak boleh nak bermadu adalah dari sikap madu saya sendiri. Dia sudah separuh dunia dia hina, maki hamun saya dan caci maruah saya. Kalau dia bersikap baik pun sekiranya ada sesuatu yang dia nak dia korek rahsia dari saya. Dia juga  tak pernah pun mintak maaf dari saya setelah dia buat kecoh depan rumah saya dan sepah-sepahkan rumah saya. Dia marah sebab suami saya tidak mnjawab fon dari dia...Sampai satu peringkat saya tak dapat nak maafkan setiap aper yang dia buat. Ustaz apa yang patut saya buat ?

Saya sudah cuba terima dan maafkan dia tapi tak boleh... Saya memang dah tak boleh nak terima madu saya dan taknak dimadukan tapi saya masih sayangkan suami saya...

No comments:

Post a Comment