Tuesday, May 10, 2011

Harga gula naik sebab nak bayaq cukai tanah UUM...leh jadi gak..

Harga gula bakal meningkat 20 sen kepada RM2.30 sekilo, berkuatkuasa mulai hari ni, untuk "menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta". Kenaikan ini adalah kali keempat sejak tahun 2010, juga "penyelarasan kali ketiga" sejak rasionalisasi subsidi yang diumumkan pada Julai 2010. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan semalam, bahawa harga gula akan dinaikkan ke paras RM2.30 sekilo hari ini. Ia dilihat sebagai salah satu langkah di bawah Rasionalisasi Subsidi, untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM116.6 juta.

Kerajaan Najib mengambil langkah di bawah rasionalisasi subisidi untuk kali pertama pada 16 Julai 2010, dengan kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 5 sen, gas semulajadi 10 sen, dan penyelarasan harga minyak RON97 mengikut pasaran dunia. Harga gula dinaikkan 25 sen ketika itu, dan kesemuanya dianggar menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM750 juta. Kali kedua kenaikan harga diumumkan pada 4 Disember 2011, dengan kenaikan 5 sen untuk minyak RON95, 20 sen untuk gula dan 5 sen untuk gas dan diesel. "Penyelarasan" harga minyak dijangka menjimatkan kos RM1.18 bilion untuk kerajaan, dan sebanyak RM283.5 juta dijimatkan untuk kenaikan harga gula.

Lebih awal lagi, kerajaan mengumumkan pada Januari 2010 kenaikan harga gula dari RM1.45 kepada RM1.65 sekilo di Semenanjung Malaysia, dan peningkatan kepada RM1.75 sekilo di Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment