Wednesday, April 27, 2011

Nasi lemak bukan punca obesiti


                              Wow nampak memang sodap ye..tapi bukan puncanya obesiti

Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah kerana ia juga boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian lain yang berkalori tinggi secara tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E Siong .

"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama (obesiti), sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.

"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari.

"Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori. Jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal di sini semalam... KOSMO

Nota : Yang saya ingat ramai warga tua kita , duduk di kedai kopi minum teh tarik dan nasi lemak hari hari..setakat ni tiada masalah pun..berkemungkinan punca obesiti adalah kerana .makan banyak makanan berkalori , tetapi kurang bersenam..itu je..orang kampung selepas pekena teh tarik dan nasi lomak mereka akan turun ke bendang dan ke laut bagi menjalankan aktiviti mereka seharian yang membakar kalori dalam tubuh badan mereka.

No comments:

Post a Comment